




Manager: Arsène Wenger
Captain: Cesc Fábregas
Manager: Harry Redknapp
Captain: Robbie Keane
Manager: Gary Megson
Captain: Kevin Davies
Manager: Carlo Ancelotti
Captain: John Terry
Manager: Owen Coyle
None
None
Manager: Phil Brown
Manager: David Moyes
Captain: Sylvain Distin
None
None
Manager: Martin O'Neill
Captain: Stilian Petrov
None
Manager: Roy Hodgson
None
None
Manager: Rafael Benítez
None
None
Manager: Paul Hart
None
None
Manager: Roberto Martinez
None
None
Manager: Tony Pulis
None
None
Manager: Mick McCarthy
Manager: Steve Bruce
Captain: Lorik Cana
None
None
Manager: Gianfranco Zola
Captain: Matthew Upson
Manager: Alex Ferguson
None
None
Torres and his girlfriend soak up the sun during a romantic getaway
Spain based football writer Javier Conzuelas recently observed:: "El Nino is famous for being the football geek. He likes his nights in with his childhood sweetheart Olalla.
?But there is a lot of concern about whether he will change once he is away from the watchful eyes of his family. Liverpool may be much smaller than Madrid, but there are still a lot of distractions for a young lad working away from home for the first time."
Torres, welcome to the club - of football hunks, that is.
Seharusnya dia tidak berada dalam skuad negara itu ketika menentang Hungary kerana kecederaan buku lali kanan yang dialami ketika menentang Marseille dalam saigan Liga Juara-Juara pada akhir September lalu, boleh bertambah parah. Kebimbangan itu menjadi kenyataan. Akibatnya dia kini terpaksa berehat sebulan dan dalam tempoh itu Real Madrid tanpa kelibat Ronaldo dalam empat aksi La Liga dan dua perlawanan Liga Juara-Juara. Real akan berdepan Valladolid (esok), Sporting Gijon (25 Oktober), Getafe (1 November) dan Atletico Madrid (8 November) dalam saingan La Liga; menentang AC Milan awal pagi Khamis ini dan 3 November dalam Liga Juara. "Jelas itu bukan kecederaan baru," kata Ketua Pengarah Real, Jorge Valdano. "Saya faham perasaan yang kuat untuk membantu negaranya, tetapi ia juga perlu mengambil kira harapan kelab yang membuat pelaburan besar." Selepas enam perlawanan La Liga, Ronaldo meledak lima gol dan kini berada di tangga kedua penjaring terbanyak berkongsi tempat dengan Zlatan Ibrahimovic (Barcelona). David Villa (Valencia) yang diintai Manchester United, teratas dengan enam gol. Dengan satu pertiga gol Real (17 gol dalam enam perlawanan), ia menggambarkan kelab kedua terkaya dunia dengan aset melebihi AS$1.3 bilion itu, bergantung harap kepada Ronaldo untuk mendapat dan mencipta peluang gol. Namun demikian, ia memberi peluang kepada anak buah Manuel Pellegrini menunjukkan kekuatan tanpa Ronaldo buat sementara. Pastinya 'lelaki kacak dari Brazil', Kaka akan jadi tumpuan dan harapan. Dengan hanya dua gol dalam enam perlawanan liga, Kaka, walaupun dikatakan memegang watak pembantu, namun dia tetap berasa tekanan untuk mengisi ruang yang ditinggalkan Ronaldo lebih-lebih lagi dia adalah pemain kedua termahal dibeli Real selepas tonggak Portugal itu. Menyeberangi sempadan di sebelah utara, Lyon yang akan melayan kunjungan Sochaux dan Bordeaux berkunjung ke Auxerre, dua pasukan teratas dalam Ligue 1 Perancis, menjadi tumpuan esok. Sementara dalam kancah Serie A Itali, pasukan glamor, AC Milan yang terperosok di tangga ke-12 menanti kunjungan AS Roma esok. Di Bundesliga Jerman, kelab gergasi, Bayern Munich berdepan tekanan daripada penyokong dan pengurusan apabila hanya berada di tangga kelapan selepas lapan perlawanan dengan catatan 3-3-2. Tanpa Franck Ribery yang masih cedera begitu juga Arjen Robben, menyaksikan kunjungan mereka ke SC Freiburg esok tanpa menjanjikan apa-apa. |
Anak Sepanyol, Rafa Benitez, disanjung seluruh England apabila Liverpool membuat kejutan menumpaskan AC Milan di Istanbul dalam perlawanan yang disifatkan sebagai the Miracle of Istanbul atau Keajaiban di Istanbul bagi menjulang Piala Eropah buat kali kelima pada 2005. Namun itu sekadar lipatan sejarah. Benitez kini berdiri di titian rapuh. Tugas utamanya menamatkan penantian Liverpool untuk menduduki takhta liga yang kali terakhir disempurnakan pada 1990. Penantian 20 tahun itu nampaknya berpanjangan. Empat kali tewas dalam sembilan perlawanan sejauh ini, Liverpool tidak menampakkan tanda-tanda mampu mengembalikan kegemilangan silam. Prestasi Liverpool yang terumbang-ambing banyak berpunca daripada tandusnya idea di tengah padang. Mangsa utama kecaman ialah bekas pemain Gremio, Lucas Leiva, yang dilihat gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Xabi Alonso. Tidak seperti pemain kelahiran Brazil yang mewarnai persaingan dengan corak permainan ala samba, Lucas bukanlah seorang artis. Pemain sepertinya dianggap artisan, atau dalam istilah Eric Cantona, pembawa baldi air. Kadangkala Lucas kelihatan mampu menyempurnakan umpanan-umpanan tepat tapi tandus idea apabila berdepan dengan barisan berkualiti seperti Chelsea, Aston Villa dan Spurs. Dituduh lembap dan lembik, Lucas dianggap penumpang ketika tewas kepada Chelsea sehingga memaksa Gerrard membantu menghidupkan jentera tengah lalu menjejaskan gandingannya dengan Fernando Torres. Tapi kalau dikaji latar belakangnya, Lucas pernah mengetuai pasukan Bawah 20 Brazil, membantu Liverpool muncul naib juara Liga Perdana musim lalu dan menyarung jersi Brazil. Usianya baru 22 tahun tapi sudah dilabel satu kegagalan. Namun pengkiritik dan peminat Liverpool bukan sekadar menyalahkan Benitez dan Lucas. Jamie Carragher juga dimamah usia, manakala Dirk Kuyt sekejap bagus, sekejap hambar di penjuru kanan. Tubuh Javier Mascherano pula di Anfield tapi jiwanya barangkali di Nou Camp. Umum menganggap derita Liverpool berpanjangan apabila menerima kunjungan Manchester United malam esok. Apapun keputusannya, penyokong Liverpool sudah jatuh hukum. Jika ditakdirkan jodoh Benitez dengan Liverpool tidak berpanjangan, Lucas juga akan ditunjuk jalan keluar. |
Apa saja revolusi yang dijanjikan oleh Rafa Benitez belum tertunai. Kedudukan naib juara Liga Perdana musim lalu sudah dilupakan. Lupakah kita bahawa kita hanya mengingati sang juara? Kebangkitan Liverpool dalam Keajaiban di Istanbul setahun selepas Benitez berkampung di Anfield juga nyaris-nyaris terhapus daripada memori penyokongnya. Bagi gerombolan the Kops, mereka cukup dahagakan gelaran liga. Mereka sudah menanti 20 tahun. Penantian itu akan berterusan nampaknya. Piala Carling, itupun jika mereka bernasib baik melangkah jauh, bukan penawar duka. Kedudukan Liverpool dalam Liga Juara-juara Eropah pula cukup-cukup makan dan kebarangkalian tersingkir awal cukup tinggi. Apa saja kesudahan di Anfield malam esok tidak akan mengubah skrip kegagalan Liverpool. Namun kemenangan bagi anak buah Benitez akan membekalkan peluru kepada penyokong mereka, khususnya di Malaysia, untuk membedil pengikut setia Manchester United. Walaupun gelaran liga jauh bara daripada api, setidak-tidaknya penyokong Liverpool mahu bermegah dengan kemenangan ke atas musuh ketat mereka. Kalau tiada rotan, akar pun berguna. Jika Liverpool bungkam di bumi sendiri, tempoh khidmat Benitez dan pemain seperti Lucas Leiva sudah tentu akan dipendekkan. Pemain tengah Liverpool, Alberto Aquilani, yang baru pulih daripada kecederaan, dijangka dapat beraksi minggu depan tetapi tumpuan berpusat kepada pacarnya di muka 34 manakala di sebalik sanjungan yang diberikan kepada Cristiano Ronaldo, putera sebenar Real Madrid ialah Raul Gonzalez, |