Rabu, 28 Oktober 2009


[Image: lp002.jpg]LIVERPOOL oh Liverpool! Musim mereka sudah berakhir sebenarnya. Simpati warga EPL kepada mereka dan pengikut-pengikut mereka.

Apa saja revolusi yang dijanjikan oleh Rafa Benitez belum tertunai. Kedudukan naib juara Liga Perdana musim lalu sudah dilupakan. Lupakah kita bahawa kita hanya mengingati sang juara?

Kebangkitan Liverpool dalam Keajaiban di Istanbul setahun selepas Benitez berkampung di Anfield juga nyaris-nyaris terhapus daripada memori penyokongnya.

Bagi gerombolan the Kops, mereka cukup dahagakan gelaran liga. Mereka sudah menanti 20 tahun. Penantian itu akan berterusan nampaknya.

Piala Carling, itupun jika mereka bernasib baik melangkah jauh, bukan penawar duka. Kedudukan Liverpool dalam Liga Juara-juara Eropah pula cukup-cukup makan dan kebarangkalian tersingkir awal cukup tinggi.

Apa saja kesudahan di Anfield malam esok tidak akan mengubah skrip kegagalan Liverpool. Namun kemenangan bagi anak buah Benitez akan membekalkan peluru kepada penyokong mereka, khususnya di Malaysia, untuk membedil pengikut setia Manchester United.

Walaupun gelaran liga jauh bara daripada api, setidak-tidaknya penyokong Liverpool mahu bermegah dengan kemenangan ke atas musuh ketat mereka. Kalau tiada rotan, akar pun berguna.

Jika Liverpool bungkam di bumi sendiri, tempoh khidmat Benitez dan pemain seperti Lucas Leiva sudah tentu akan dipendekkan.

Pemain tengah Liverpool, Alberto Aquilani, yang baru pulih daripada kecederaan, dijangka dapat beraksi minggu depan tetapi tumpuan berpusat kepada pacarnya di muka 34 manakala di sebalik sanjungan yang diberikan kepada Cristiano Ronaldo, putera sebenar Real Madrid ialah Raul Gonzalez,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan